Friday 13 December 2013

KEK MINYAK MUDAH

Bila weekend jer ade la rasa nak baking membaking ni.. So last weekend saya cuba buat kek minyak pelangi..mudah n simple sgt kot, boleh wat minum petang. Sila la rujuk resepi di bawah kija mahu mencuba.

Bahan2:
2 cawan tepung gandum/tepung naik sendiri (xyah letak baking powder dah)
1 cawan minyak masak,
1 cawan gula kastor (saya letak 1/2 cawan jer,xsuka manis)
1 cawan susu pekat
5 biji telur
2 sb ovellete
1 sk baking powder
1 sk esen vanila
Pewarna

Cara2:
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur bersama gula kastor Dan ovelette sampai kembang. Masukkan esen vanila.
Masukkan minyak masak dan susu. Pukul lagi sampai sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 @ 4 bahagian. Warnakan setiap bahagian adunan.
Lapiskan setiap adunan yg berwarna selang seli mengikut citarasa ke dalam loyang yg sudah digriskan dengan marjerin.
corakkan adunan samada tarik menggunakan lidi dari dalam ke luar adunan @ luar ke dalam.
Kukus selama sejam. 
SIAP!! 



No comments:

Post a Comment