Friday 13 December 2013

KEK MINYAK MUDAH

Bila weekend jer ade la rasa nak baking membaking ni.. So last weekend saya cuba buat kek minyak pelangi..mudah n simple sgt kot, boleh wat minum petang. Sila la rujuk resepi di bawah kija mahu mencuba.

Bahan2:
2 cawan tepung gandum/tepung naik sendiri (xyah letak baking powder dah)
1 cawan minyak masak,
1 cawan gula kastor (saya letak 1/2 cawan jer,xsuka manis)
1 cawan susu pekat
5 biji telur
2 sb ovellete
1 sk baking powder
1 sk esen vanila
Pewarna

Cara2:
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur bersama gula kastor Dan ovelette sampai kembang. Masukkan esen vanila.
Masukkan minyak masak dan susu. Pukul lagi sampai sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 @ 4 bahagian. Warnakan setiap bahagian adunan.
Lapiskan setiap adunan yg berwarna selang seli mengikut citarasa ke dalam loyang yg sudah digriskan dengan marjerin.
corakkan adunan samada tarik menggunakan lidi dari dalam ke luar adunan @ luar ke dalam.
Kukus selama sejam. 
SIAP!! 



Saturday 19 October 2013

Pulut kuning kukus

Tetiba ras nak buat pulut kuning masa birthday hubby hari tu..biasa buat kek je kan. Kali ni nak lain sikit..jom buat ramai2

Bahan2:
1kg beras pulut
1 cawan santan pekat
1 ts pewarna kuning
1 ts garam
Daun pandan

Cara2:
Rendam beras pulut dengan air bersama pewarna kuning. Saya rendam 2 jam je.
Panaskan kukusan,lapik kukusan dengan dsun pandan,so nanti naik aroma daun pandan tu masa kukus.
Kukus beras pulut selama 1/2 jam. Agak2 naik wap dari tepi kukusan tu.
Keluarkan pulut dari kukusan.
Gaul pulut dengan santan pekat dan masukkan kembali pulut ke dalam kukusan. Kukus selama 1/ jam.
Angkat dan siap untuk dimakan.

Saya makan pulut kuning ni dengan kari ayam. Teringin plak..hehe
Selamat mencuba! Xoxo

Wednesday 24 July 2013

Honey Cornflakes

Bahan-bahan:
Cornflakes
Madu
Buah ceri (potong kecil)
Kismis
Kacang badam (beli yg dh siap potong kecil2)
Cup kertas

Cara-cara:
1. Gaul cornflakes dgn madu
2. Masukkan ke dalam cup
3. Hias dengan buah ceri, kismis dan kacang badam..juz sprinkle atas cornflakes tu
4. Bakar dengan suhu 150'C dalam 10minit

Siap,selamat mencuba..easy n simple.

Cook To Eat

Assalamualaikum,
To tell the truth, saya ni bukan pandai sangat masak memasak ni. Tapi Alhamdullilah saya dapat dan masih ada masa to serve my family dengan air tangan sendiri.
Kalau hubby makan bertambah tu maknanya sedap la, kalau xde nak tambah2 tu maknanya so so jela rasa masakan saya tu..hehee..
Cuba2 la resepi saya (yg akan diupload time by time)..stay tune, xoxo!!